
Pada kali ini kita akan berbincangkan mengenai Beam Antenna atau Antenna sehala. Antenna sehala ini terdiri daripada Yagi-Uda, Cubical Quad, Log Periodic, Helical dan Hon.
Element pemacu pula ialah dari jenis element dwipolar(balanced dipole) yang disambungkan ke radio atau pemancar melalui Feeder cable jenis Coaxial atau Twin Ladder.
Biasanya antenna yagi membuat kiraan kekuatan merujuk kepada Dipole yang mempunya Gain 2.15db berbanding antenna Isotropic yang mempunyai Unity Gain ke semua arah.
Dengan tambahnya elemen-elemen parasid berganding dengan dipole tersebut, corak radiasi akan diubah ke satu arah. Rujuk gambar bawah:
Antenna Gain yang disebut-sebut oleh pembuat-pembuat yagi adalah merujuk kepada sejauh mana kemampuan sesuatu antenna yagi itu menghalakan isyarat ke satu arah. Perlu diingat bahawa, antenna yagi tidak berfungsi menguatkan isyarat, ia cuma berkeupayaan menumpukan sesuatu isyarat ke satu arah tanpa mendapat gangguan dari tepi dan belakang. Ini bermakna jarak pencapaian dipanjangkan.
Bersambung....
Dari 9M6WST
No comments:
Post a Comment