Friday, August 8, 2008

Penggunaan Jargon yang tidak mengikut Standard SOP Radio Amatur.

Semakin hari semakin ramai stesyen-stesyen radio amatur yang baru dan juga SWL-SWL yang semakin bertambah ramai.

Namun dengan kumpulan masing-masing dengan guru masing-masing, timbul percanggahan standard SOP dalam penggunaan radio.

Perlu diingat bahawa setiap perkataan yang anda sebut dalam radio, boleh didengar oleh orang lain. Jargon-jargon baru tumbuh bagaikan cendawan.

Jargon-jargon atau pengunaan ayat tidak standard seperti:

"Tango Kilo for your QSO"(penganti kepada Terima Kasih for your QSO)
"Suara anda kiput-kiput"
"Kalau ada masa kita Tango-tango"(tango-tango penganti kepada Teh Tarik)
"Dimana Q anda?"(penganti kepada Di mana lokasi anda?)
"Saya di home Q"
"Saya di cangkulan"
"Unta"(penganti kepada kereta)
"main hujan" (penganti kepada mandi)

Dan banyak lagi yang lain.

Kenapa tidak terus saja gunakan

"Terima kasih atas QSO atau thank you for the QSO"
"Suara anda tidak menembusi dengan baik"
"Kalau ada masa kita minum kopi atau teh"
"Dimana lokasi anda atau QTH please?"
"Saya di rumah atau saya di base station"
"Saya di pejabat"
"Kereta"
"mandi"

Untuk kegunaan lokalan mungkin tidak seberapa sangat, tetapi dengan adanya SOP atau guideline standard untuk digunakan dalam radio amatur, apa salahnya kita standardkan.
Perlu diingat bahawa Radio Amatur ini adalah hobi sejagat yang memerlukan lesen serta standard yang tidak terhad kepada setempat sahaja.

Sekiranya pembawaan jargon-jargon yang tidak standard ini anda gunakan dalam QSO bersama orang luar sebagai contohnya: "Tango kilo for your QSO", anda bermaksud untuk berterima kasih kepada pihak lain atas sesi QSO tersebut. Tetapi adakah dia faham apa itu Tango Kilo? Dia hanya faham T dan K yang tidak membawa apa-apa maksud.

Atau Q saya di Lima Delta dalam unta sedang QSY ke kilo-kilo. Mungkin orang yang sedang anda berqso itu tidak faham apa yang anda sedang sampaikan. Kenapa tidak teruskan sahaja menggunakan ayat biasa "Lokasi(OTH) saya di Lahad Datu dalam kereta sedang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu."

Penggunaan radio melibatkan ramai orang yang mendengar dan bukan sahaja dua orang sahaja. Jadi amalkan standard SOP yang betul terutama sekali dalam jaluran Radio Amatur. Walaupun jaluran SWL tiada SOP. Tetapi masa sekarang inilah SWL mahupun berlesen perlu memulakan langkah yang betul dalam SOP. Permulaan yang salah akan membawa kepada SOP yang tidak betul.

Para peminat radio sekalian, sikap menerima teguran daripada operator yang lebih senior juga perlu ada. Ini adalah untuk memupuk semangat HAM yang mana salah satu tujuan HAM ialah untuk mempelajari dari yang berpengalaman. Untuk mengekalkan kewujudan komuniti HAM juga kita perlu saling hormat-menghormati semasa QSO mahupun luar QSO. Tanpa komuniti HAM yang lain hormat atau pulaukan anda, siapa yang anda nak QSO walaupun ada kelengkapan yang serba canggih.


Sekian dari v17.

No comments: