Tuesday, December 9, 2008

Bantuan MARES kepada kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Ampang.

Pihak MARES(Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society) telah diminta oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia(MRCS) dan Hospital Kuala Lumpur untuk memberikan bantuan komunikasi dalam kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Ampang baru-baru ini.


Ini adalah contoh salah satu tanggungjawap warga Radio Amatur dalam komuniti untuk memberikan bantuan komunikasi serta teknikal dalam waktu-waktu kecemasan seperti ini selain hobi pada masa lapang.


Oleh itu peminat-peminat radio amatur walaupun SWL haruslah tanamkan rasa tanggungjawap yang mana radio amatur ini bukan hanya sekadar hobi pada masa lapang sahaja malah hobi yang anda minat ini boleh menyelamatkan nyawa. Kita tidak tahu atau tidak dapat jangka bila akan berlaku kecemasan dan pada masa yang sama, anda sama ada Radio Amatur berlesen atau SWL mungkin diminta berikan bantuan komunikasi. Dalam waktu-waktu kecemasan warga radio amatur diminta memberikan bantuan disebabkan tahap kemahiran teknikal warga radio amatur dan tahap pengetahuan dalam komunikasi radio yang tinggi amat diperlukan untuk melancarkan lagi kerja-kerja menyelamat. Selain itu juga kewujudan serta bantuan warga radio amatur masih diperlukan. Oleh itu kekalkan keyakinan masyarakat terhadap warga Radio Amatur yang dianggap mempunyai kemahiran yang cekap dengan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran radio amatur yang standard.

Berita selanjutnya mengenai bantuan MARES boleh klik sini

No comments: