Thursday, May 7, 2009

Fakta Radio Amatur

* Radio amatur juga dikenali sebagai ham radio.
* Radio amatur ialah hobi membina, menguji dan berkomunikasi melalui radio. Kebanyakan radio amatur melalui percubaan demi percubaan boleh memasang peralatan elektronik.
* Antara kelebihan radio amatur ialah boleh berkomunikasi dari mana-mana tempat dan setiap masa. Ini amat berguna ketika bencana dan terbukti di seluruh dunia, radio amatur memberi banyak bantuan kepada pihak berkuasa.
* Keunikan radio amatur membolehkan perhubungan antara manusia di bumi dengan angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Kelebihan lain radio amatur termasuk membolehkan fail atau gambar dihantar secara digital. Banyak peralatan elektronik sekarang seperti mesin faks adalah berasaskan radio amatur.
* Sejarah radio amatur seusia dengan kewujudan radio.
* Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang untuk mengawal selia pemancaran radio pada 1912.
* Pengguna radio amatur Amerika Syarikat berkomunikasi di seluruh negara dan mewujudkan sistem penghantaran mesej pada 1914.
* Radio amatur diperkenalkan di Malaysia oleh orang British pada 1920.
* Persatuan Radio Amatur Selangor dan Perak ditubuhkan pada 1947, manakala Malayan Amateur Radio Transmitters Society pada 1952.
* Pada peringkat awal di Malaysia, bilangan radio amatur tidak ramai. Hanya ada kira-kira 300 radio amatur pada 1997. (Pada 31/05/2008
terdapat 4,800 pengguna radio amatur berdaftar di Malaysia )
* Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1997, memperkenalkan lesen Kelas B yang hanya memerlukan lulus ujian teori. Lulus ujian kod Morse pula diperlukan untuk mendapat lesen kelas A.
* Pemegang kelas B hanya boleh menggunakan frekuensi antara 28-29.7 Megahertz (MHz), 50-54 MHz, 144-148 MHz dan 430-440 MHz. Kelas A pula boleh menggunakan lebih banyak frekuensi dan berkomunikasi ke seluruh dunia.

Sumber petikan dari Berita Harian 12/8/2007

No comments: