Berikut saya terjumpa pertanyaan di dalam forum Keningau Four Wheel Drive Club Sabah.
Tulisan merah adalah jawapan kepada persoalan rakan ini.
Mohon drp rakan2 HAM agar dpt menjawab soalan sia ni...
1- Kemana arah tuju org baru setelah lulus RAE..????
Ke mana arah tuju setelah lulus RAE, tiada terbatas. Semua terpulang kepada diri sendiri apakah pencapaian yang hendak dikecapi dalam Radio Amatur. Sekadar tekan PTT dan cakap sahaja?.. terpulang..
2- Siapa kah yg akan membimbing kami utk meneruskan hobi ni..????
Diri sendiri adalah yang paling penting dalam membimbing diri sendiri dalam Radio Amatur ini dengan inisiatif membelajar lebih mendalam mengenai hobi ini. Orang lain hanya boleh bantu dengan tunjukan arah perjalanan yang betul.
3- Apakah langkah seterusnya setelah mendpt lesen B..?????Adakah setakat utk kebanggaan berada diatas atau sebaliknya..??
Tidak ada apa yang perlu dibanggakan. Ini hanyalah hobi.. langkah seterusnya ialah kendalikan stesyen radio amatur anda dengan penuh etika Radio Amatur. Dengan perkara utama, hormati orang lain yang juga ahli radio amatur dan juga hormati orang lain yang tengah menggunakan frekuensi dengan tidak mengganggu qso mereka.
4- Apa yg sya monitor sekian lama frekunsi HAM terlalu sunyi,apakah sebenarnya yg berlaku...???
Frekuensi Radio Amatur ini banyak diperuntukan. Contoh V Channel pun dah banyak V16 hingga V69(dalam 2m saja, belum kira jalur yang lain lagi). Mungkin penulis ini hanya monitor sesetengah frekuensi repeater utama dan tidak monitor frekuensi lain. Stesyen radio amatur boleh berada di mana-mana frekuensi Radio Amatur selain repeater utama ini untuk berqso atau eksperimen. Maka anda seakan rasa kenapa jalur radio amatur ini selalu sunyi. Bacalah guideline Radio Amatur yang dikeluarkan SKMM.
5- Apakah seseorg itu perlu menjadi ahli serta membayar yuran keahlian baru boleh transmit di QRG trsebut..???
Tidak. Dibawah undang-undang Radio Amatur, sesorang yang telah diakui dan dianugerahkan Lesen Radio Amatur, bebas menggunakan mana-mana jalur yang diperuntukan mengikut kelas lesen masing-masing.
6- Atau x berminat utk transmit disebabkan trkongkong dgn idealogy serta kemahuan kelab..???
Kelab tiada hak tahan frekuensi radio amatur. Cuma kelab memegang lesen repeater tersebut dan maintain repeater tersebut.
Mohon kemaafan klu apa yg diperbentangkan ble menyinggung mana2 rakan. Sya ni org baru memohon bantuan ikhlas dri rakan2 Ham..TQ
Tidak perlu rasa malu untuk bertanyakan soalan. Dan tidak ada yang tersinggung sebab anda memang tidak tahu dan nak bertanya. Suatu hari nanti anda juga akan menjadi bimbingan atau tempat rujukan kepada orang baru. Mulai sekarang pastikan anda mendapat maklumat yang betul mengenai radio amatur. Seseorang ahli radio amatur sangat berat tanggungjawap berbanding dengan orang radio jalanan tanpa lesen, komersil dan syarikat. Kerana seseorang pemilik lesen radio amatur telah angkat sumpah untuk kendalikan stesyen dengan baik dan simpan semua rahsia atas apa yang dapat dimonitor di udara. Anda juga seharusnya memastikan jalur Radio amatur tidak dicerobohi pengguna tanpa lesen sebab anda telah diperuntukan lesen radio amatur yang serupa anda perlu jaga rumah anda sendiri dari dicerobohi.
No comments:
Post a Comment