Akhirnya keluar dah keputusan RAE yang berlangsung pada bulan jun baru baru ini. Pelbagai-bagai versi cerita mengenai RAE ini. Ada yang menyatakan ia susah, senang, mengelirukan dan macam-macam lagi. Lepas RAE apa pula? Keputusan bila pula keluar? July? Ogos? Lepas raya?. Dah. dah keluar dah..semua persoalan terjawap dalam link di bawah ini.
https://sems.skmm.gov.my/sems/candidates/checkstatus
Lulus ke tak lulus?
Yang lulus tu...tahniah diucapkan. Hadiah besar dalam usaha untuk menempuhi exam yang kira besar ni. Ambil lesen radio ni...diidam-idamkan ni untuk seorang SWL dan komersil. Dapat sayap dah boleh terbang jauh dah. Kejayaan mungkin akan disambut dengan majlis kesyukuran, makan-makan dan macam-macam cara keraihan.
Bagi yang tidak lulus tu...entah lah apa yang akan dibuat....putus asa terus? mahu cuba lagi? tak tahu apa yang nak buat pasal target lulus tapi hampa apabila dapat keputusan gagal?
Mungkin ada yang QRT terus tak mahu lagi main radio...macam macam lagi....merajuk lah tu.
Yeeyee...aku lulus..yeh yeh..... boleh dah buat permohonan dah ambil lesen..mungkin dah tak sabar dah...nak kena urus sebelum raya ni....mahu cek in raya net ni....
sekarang senang aje...print out sheet keputusan dari web SKMM. dah pun boleh dah urus pohon AA. Sebelum ni kena tunggu lagi sebulan-dua surat pemberitahuan keputusan sampai.
Hahaha..tidak hairan lagi dah...saya jangka semua borang dah siap diisi, dua orang 9M pun dah diminta tandatangan. Tinggal angkat sumpah ja ni....
Jadi..dah lulus dan dah dapat AA. Maknanya dah dapat pentauliahan atau diperakui boleh mengendalikan sesuatu stesyen radio amatur dengan baik dah... itu dari segi keperluan peraturan...anda dah penuhi...tahniah..
Dari segi tahap bersedianya anda untuk mengendalikan stesyen radio amatur, tahap pengetahuan anda, tahap kompitansi anda.. dah banyak ke ilmu untuk diteruskan dalam radio amatur ni? dari HF sampai lah mana-mana had lesen anda...ya HF..idaman semua orang ni. 2m?...dah boring dah...komercil dulu pun 2m juga.....
Yeah..yeah...aku dah dapat 9W...kampung atas dah...yes....
dah bersedia ke anda jadi duta negara pikul beban yang cukup berat dalam 9W ni? 9W..bukan sekadar buat sticker, buat sulaman kat baju, topi dan lain-lain yang kreatif?
Tapi pengalaman saya..dalam komersil dia ni rancak bercerita sebelum RAE...dah dapat AA. komersil pun jarang dengar suara dah....ada yang tak pernah pun suaranya kedengaran di 2m ham pun. Takan alasan radio mahal..tak boleh transmit?
Tak apa...tu semua pandangan dan pengalaman penulis selama ceburi bidang radio. Semoga HAM Malaysia semaju HAM negara-negara Asia Timur sekurang-kurangnya. Jepun yang menguasai jenama radio utama Kenwood, Yaesu dan Icom.
Sematkan dalam minda. Dah lulus RAE dapat AA atau lulus CW bukannya bermakna proses pembelajaran berhenti kat setakat tu je..beranggapan bahawa diri dia dah cukup ilmu dah...
Teguran dari kawan-kawan seharusnya diambil pakai, dijadikan rujukan dan peningkatan diri diteruskan. Jangan lupa anda yang baru lulus ini akan menjadi tempat rujukan generasi radio yang baru...kalau anda dapat infomasi yang salah..infomasi yang salah itu akan berterusan diwarisi seterusnya....
Contoh yang paling baik yang saya dengar sendiri depan mata..seorang OTAI beritahu seorang yang baru main radio...
"Tak apa...kau transmit 1.5KW bukan orang tahu juga itu... apa itu 50watt? Sampai mana tu"
Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment