Thursday, March 27, 2008

Cara standard perhubungan melalui Radio.

Untuk panduan kali ini sama ada anda berlesen(HAM )atau pun commercial(SWAL), standard dalam perhubungan melalui radio adalah sama.

Terdapat beberapa cara atau mode perhubungan radio ini antaranya ialah:

1) Secara Simplex (Simplex Mode)
2) Secara Duplex (Duplex Mode) melalui pengulang (Repeater)
3) Simplex Delayed Mode

Dalam komunikasi simplex, ianya hanya melibatkan dua stesyen berhubung secara simplex menggunakan satu frekuensi tanpa melalui mana-man peralatan lain. Kedua-dua stesyen mempunyai konfigurasi frekuensi yang sama yakni akan pemancar dan menerima dengan frekuensi yang sama.

Dalam konteks duplex melalui repeater pula, stesyen-stesyen berkomunikasi dengan menggunakan dua frekuensi dengan bantuan pengulang. Ini bermakna sekiranya anda menekan PTT untuk memancar, anda memancar dengan frekuensi UPLINK atau Input Pengulang dan pihak penerima akan menerima di frekuensi DOWNLINK atau Output Pengulang.

Standard split:
0.6Mhz untuk Sistem Amateur VHF
4.6Mhz untuk Sistem Commercial VHF
5Mhz untuk Sistem Cmmercial dan Amateur UHF

Bagaimana Menggunakan Pengulang (Repeater).

Pengulang adalah menyerupai satu stesyen yang tidak mempunyai operator, selalunya terletak di tempat yang TINGGI seperti atas bukit atau bangunan tinggi. Kebiasaannya pengulang di tempatkan di satu kawasan yang TINGGI. Pengulang berfungsi memancar semula isyarat lemah atau kuat dari Pemancar Radio Bimbit (Walkie Talkie / Handie Talkie)atau pemancaran dari kenderaan (Mobile) kepada kawasan yang lebih LUAS dan JAUH. Malahan isyarat dari Pemancar kenderaan yang sedang bergerak (Mobile) lebih mantap dari biasa tanpa pengulang. Pengulang terdiri dari PENERIMA (RX / Input) dan PEMANCAR (TX /OUTPUT) berserta beberapa peralatan kawalan dan penapis atau dikenali sebagai "DUPLEXER". Dengan bantuan penapis ( Low / High Pass Fillter), membolehkan ia berfungsi memancar dan menerima dalam masa yang sama. Berbeza dengan komunikasi biasa dilakukan seperti diantara dua stesyen (Simplex) yang hanya menggunakan satu frekuensi sebagai penerima dan memancar dalam frekuensi yang sama. Pengulang 2 meter Radio Amatur mempunyai Frekuensi Menerima (Input Frequency) 600 kHz lebih rendah atau lebih tinggi dari Frekuensi Memancar (Output Frequency). Untuk pengulang Commercial pula ialah 4.6 Mhz.
Untuk mengguna atau memasuki pengulang, pastikan Pemancar Terima (Transceiver) anda berada dalam Frekuensi dan konfigurasi yang betul, kemudian anda umumkan "9W6ABC di frekuensi" (9W6ABC on frequency) atau "9W6ABC bersedia untuk panggilan" (9W6ABC standing by for a call). JANGAN umumkan "9W6ABC mendengar" (9W6ABC listening) serta lepaskan butang PTT (Push to Talk) dan berharap seseorang akan memanggil anda.
Anda sebenarnya mengumumkan 'anda hanya mendengar' (monitor) dan tidak menunjukan keinginan untuk berkomunikasi (QSO). Jika konfigurasi anda betul pengulang akan memancar isyarat anda. Jika tiada jawapan ia hanya meningalkan bunyi pembawa gelombang (Carrier), senyap selepas beberapa ketika.
Adalah penting anda memantau atau mendengar di pengulang, memancar serta mengumumkan apa-apa maklumat atau isyarat akan boleh didengari, mungkin anda atau orang lain. Anda tidak mungkin mendengar dari stesyen yang sedang bergerak secara terus, memberikan status isyarat (Signal Report) adalah cara yang amat baik untuk diperaktikan. Laporan status isyarat (Signal Report) adalah terhad kepada anggaran berapa kuat pancaran Stesyen yang sedang bergerak diterima di Penerima Pengulang (Input Repeater) bukan isyarat di radio penerima anda. Ada tiga peringkat yang selalunya kedengaran: PERTAMA 'SENYAP' tiada langsung kedengaran bunyi kebisingan (Noise) pada latar belakang. KEDUA 'KEBISINGAN HALUS' (Smooth Noise) seperti hanya sedikit bunyi bising "HISS" dalam isyarat. KETIGA "KEBISNGAN KASAR" (Rough Noise) amat sukar difahami kerana kebisingan latar belakang yang tinggi, seperti 'Crackling' atau terputus dengan bunyi gangguan. Sesekali mendengar melalui Frekuensi Penerima (Input frequency) pengulang semasa sedang berkomunikasi di pengulang adalah idea yang baik, tujuannya adalah untuk memeriksa sama ada stesyen tersebut boleh didengari tanpa bantuan pengulang jika ia berdekatan. Adalah tidak baik untuk memperaktikan berkomunikasi menggunakan pengulang apabila komunikasi secara terus (Simplex) boleh dilakukan. Berpindahlah (QSY) ke frekuensi simpleks (Simplex) dan biarkan pengulang terbuka kepada panggilan kecemasan atau stesyen yang jauh untuk menggunakannya. Setiap pengulang adalah dikongsi oleh banyak operator atau stesyen, jadi setiap komunikasi atau percakapan itu hendaklah sentiasa pendek dan padat. Lebih bersesuaian bercakap untuk jangka masa tidak lebih dari dua hingga tiga minit dan berhenti atau biarkan Pengulang kosong (Pause) dalam satu atau dua saat diantara dua stesyen sebelum mengambil PTT, tindakan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mana-mana stesyen atau operator lain untuk membuat panggilan masuk (Break-In) atau kecemasn. Setiap pengulang mempunyai ciri "characteristics" tersendiri penggunanya:- cara terbaik yang harus dipatuhi ialah: "Dengar dengan baik sebelum memancar transmisi".INGAT!!! Perlu Ingat' agar tidak menjerit atau tinggi suara kepada PTT dan kedudukan hendaklah dalam jarak yang betul diantara mulut dan PTT, untuk kualiti audio yang bagus kepada penerima. Seorang operator yang bijak sentiasa menguji kualiti audionya semasa ke udara. Menggunakan KUASA PANCARAN TINGGI (QRO) tidak banyak membantu sebenarnya. INGAT tidak kira berapa tinggi atau rendah kuasa yang memasuki pengulang, kuasa yang keluar (Pancaran) tetap pada tahap yang sama seperti yang telah ditetapkan untuk pancaran pengulang tersebut. KUASA PANCARAN TINGGI juga boleh menyebabkan kekerapan berlaku kepada lain-lain pengulang yang berdekatan. Gunakan kuasa hanya pada tahap yang bersesuaian kepada pengulang yang anda rasa bersesuaian dengan lokasi anda. Dalam semua perkara mengenai pengulang menggunakan kuasa pancaran yang bersesuaian sudah mencukupi untuk mengujudkan satu komunikasi yang berkualiti. Perhatikan RST report yang diberikan stseyen lain untuk menentukan apakah yang anda perlu buat untuk membaiki kualiti pancaran anda. Sekiranya stesyen lain memberikan report bahawa:

"Audio anda low". Ini bermakna anda perlu perbaiki kedudukan jarak mikrofon dan mulut anda.
"Audio anda terputus-putus tapi signal 9". Ini bermakna pancaran anda dapat trigger pengulang cuma kemungkinan anda bercakap terlalui dekat dengan MIC sehingga menyebabkan OVER MODULATION atau Cable hand MIC atau Mikrofon ada masalah.
"Signal anda Slashing". Ini bermakna anda memandu terlalu laju menyebabkan mobile antenna anda goyang dengan kuat atau anda sedang bergerak dengan Handy Talkie. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan pancaran RF sampai ke pengulang kekadang OUT OF PHASE untuk seketika. Tetapi keadaan ini tidak semestinya pihak pemancar perlu baiki keadaan. Sekiranya pihak penerima juga dalam keadaan bergerak atau memandu, pancaran RF juga kekadang tiba OUT OF PHASE ke penerima.

Sebenarnya banyak lagi report dari penerima dapat kita gunakan untuk membaiki stesyen kita. Kita akan bersua kembali dalam next update.

73.

No comments: