Wednesday, April 2, 2008

Hobi Radio dan Bantuan kecemasan

Kita sering dengar atau terbaca berita kecemasan-kecemasan atau kemalangan-kemalangan berlaku di mana-mana tempat. Dalam keadaan-keadaan kecemasan seumpama ini penyaluran berita atau maklumat yang tepat dan cepat adalah menjadi satu keutamaan kepada pihak berkuasa seperti hospital, polis dan bomba. Walau bagaimanapun kemungkinan laluan-laluan perhubungan biasa akan turut musnah dalam bencana alam seperti ribut, banjir dan mana-mana bencana alam yang akan menjejaskan sistem komunikasi biasa.

Pada masa inilah para operator radio atau radio amatur diperlukan untuk memberikan bantuan komunikasi melalui kepakaran dan peralatan komunikasi jenis Radio.

Terdapat dua jenis bantuan komunikasi iaitu:
1) Bantuan komunikasi tempatan
2) Bantuan komunikasi antarabangsa

Bantuan komunikasi tempatan ini kebanyakannya melibatkan penggunaan VHF atau UHF melalui jalur Radio Amatur, Jalur Umum(Citizen's Band), GMRS, FRS dan pelbagai lagi selagi bantuan dapat diberikan. Band komersil juga kadang digunakan.

Manakala bantuan komunikasi antarabangsa pula kebanyakannya melibatkan jalur Radio Amatur HF yang mana hanya boleh dikendalikan oleh operator berlesen atau kelab.

Walaumacamana pun, para operator berlesen dan SWL khasnya Ham Radio Group V17 Lahad Datu adalah dinasihatkan lengkapkan diri dan sentiasa bersedia untuk menghulukan bantuan sekiranya diperlukan.

Peralatan asas yang penting:
1) Handy dengan bateri stanby secukupnya.
2) Alat keselamatan diri.
3) Makanan secukupnya serta alatan keperluan asas.

Organisasi bantuan kecemasan terdapat di Malaysia antaranya ialah:
1) MARES(Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society)
2) BARC-AREST(Borneo Amateur Radio Club-Amateur Radio Emergency Support Team)

Sekian untuk kali ini. 73.

Video Radio Amatur Malaysia Part 1.



Video Radio Amatur Malaysia Part 2.

No comments: