Friday, March 6, 2009

Apa info yang perlu untuk berQSO?

Salam sejahtera,

Kali ini kita berbincang sedikit mengenai apakah info yang penting sekali untuk diberikan semasa berQSO dalam jalur radio amatur 2m atau mana-mana band.

Seperti yang kita tahu, callsign adalah info yang paling penting sekali semasa qso atau memanggil cq. Oleh itu sebut callsign stesyen yang dipanggil dengan jelas menggunakan skim international phonetik dan tidak lupa juga callsign stesyen pemanggil.

2) QTH operasi (penting sebab kemungkinan ada pihak berkuasa yang monitor atau stesyen lain akan cuba periksa data anda dari mana-mana pengkalan data callsign contoh: www.qrz.com. sama ada callsign anda adalah sah.)
3) Laporan RS(T). T-tone sekiranya operasi dalam CW. Laporan ini juga penting untuk memudahkan pihak pemancar mengetahui tahap stesyennya.
4) Jenis pealatan yang digunakan sekiranya nak lapor.

Peringatan, jangan gunakan bahasa pasar atau bahasa rahsia dalam QSO band amatur.

Sekian dari V17 Lahad Datu.

No comments: