Tuesday, March 31, 2009

Reciprocal Callsign.

Kali ini kita bincang mengenai Tanda panggilan Reciprocal(Reciprocal Callsign).

Reciprocal callsign bermaksud seseorang HAM dari negara lain terus boleh menggunakan callsignnya sendiri tanpa perlunya mengambil callsign yang baru. Tetapi setiap HAM yang ingin beroperasi dengan callsignnya sendiri di negara kita perlulah terlebih dahulu memohon lesen dari SKMM untuk tempoh masa tertentu.

Negara kita mempunyai perjanjian Reciprocal dengan 13 buah negara iaitu:

1. Thailand
2. Indonesia
3. Laos
4. Vietnam
5. Myanmar
6. India
7. China
8. Mongolia
9. United Kingdom
10. Republic Germany
11. Switzerland
12. Finland
13. Czechoslovakia

Yang mana negara-negara tersebut di atas callsign mereka boleh digunapakai di negara kita dengan gabungan callsign seperti di bawah.

Contoh callsign Switzerland HBXXX. Maknanya callsign Switzerland mestilah digunakan di Malaysia sebagai 9M2/HBXXX or 9M6/HBXXX or 9M8/HBXXX. Sekiranya callsignnya bukan kelas HF maka gabungan 9W pula yang mendahului. Aturan begini juga digunapakai untuk 13 negara tersenarai di atas. Cuma kena beritahu SKMM dan lesen terus akan dikeluarkan.

Untuk negara-negara yang tidak ada perjanjian reciprocal dengan negara kita, callsign baru mesti dipohon dari SKMM.

Penting untuk kita mengetahui aturan-aturan SKMM dengan negara-negara lain dan sentiasa mengambil perhatian mengenai perubahan-perubahan terbaru.

Sekian dari V17 Lahad Datu.

No comments: