APRS(Automatic Positioning Reporting System)
Untuk makluman rakan-rakan SWL dan HAM Lahad Datu. APRS untuk Lahad Datu telah up. Frekuensi yang digunakan ialah 144.390MHz. Juga merupakan frekuensi kegunaan APRS seluruh dunia.
Rakan-rakan boleh monitor frekuensi tersebut cuma apa yang di dalam itu bukanlah QSO bersuara, ia cuma DATA-DATA Packet Radio yang membawa informasi GPS balik ke IGATE(UI-View) dan seterusnya terus ke internet untuk tracking oleh stesyen lain.
System kerja APRS ini berlainan dari system GPS lain yang kini popular digunakan seperti Navigator-navigator yang diletakan dalam kereta untuk melihat secara grafik kedudukan real time.
APRS menggunakan DATA GPS yang diterima, kemudiannya diubah ke format packet untuk dihantar melalui radio ke pusat kawalan untuk jejakan berpusat atau individu. Untuk itu google earth telah memberikan kerjasama untuk membenarkan system mereka digunakan untuk tujuan APRS khas untuk Radio Amatur secara online dan realtime.
Ini amat berguna semasa berlakunya kecemasan-kecemasan, menjejaki individu yang hilang dalam hutan dan macam-macam lagi.
Selain itu juga, sisyem APRS ini juga boleh digunakan untuk aktiviti seperti ARDF(Amateur Radio Direction Finding). Yang mana setiap peserta akan disertakan satu set APRS untuk jejakan kedudukan perserta menggunakan GPS.
Project APRS ini dilakukan oleh rakan kita 9M6WST. Yang mana beliau buat untuk eksperimen secara individu sepertimana yang dinyatakan oleh SKMM, yang mana salah satu moto sebenar Radio Amatur ialah buat eksperimen.
Dengar contoh bunyi APRS, Click sini.
Sekian dari V17 Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment