Tuesday, July 6, 2010

Radio Amatur

Salam sejahtera,
Era Radio Amatur di Malaysia bermula pada tahun 1920'an di tanah Malaya. Sejak itu berkembang sehingga kini dengan seramai +- 8020 orang pemegang lesen Radio Amatur Class A dan Class B.

Secara ringkas Pemegang Class A ialah kelas lesen tertinggi di Malaysia dengan keperluan mahir dalam Kod Morse(Morse Code) berkelajuan 12 perkataan seminit(WPM) dan setelah memegang lesen kelas B selama sekurang-kurangnya 1 tahun selepas lulus RAE.
Manakala Class B pula hanya perlu memduduki peperiksaan RAE tanpa perlu kemahiran Kod Morse.

Jalur-jalur frekuensi yang diperuntukan kepada pemegang lesen A adalah seperti berikut(1.8MHz hingga 250GHz):


Manakala jalur frekuensi yang diperuntukan kepada pemegang lesen kelas B ialah:

Struktur callsign:
Malaysia telah diperuntukan oleh ITU(International Telecommunication Union) 9M... dan 9W... untuk semua peralatan radio yang mengeluarkan Radio Signal.

Untuk cabang Radio Amatur, callsign yang diperuntukan ialah

9M2, 9M6 dan 9M8 kepada lesen kelas A masing-masing semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan

9W2, 9W6 dan 9W8 kepada lesen kelas B semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selain itu terdapat juga callsign khas kepada stesyen tertentu, iaitu

9M4C.. kepada kelab,
9M4S.. kepada acara khas,
9M4R.. Repeater Radio Amatur dan
9M4G.. kepada stesyen gateway internet IRLP.

Untuk callsign lain, rakan boleh cuba lihat callsign yang berada di belakang kapal terbang di Lapangan Terbang. Itu ialah contol callsign kapal terbang tetapi bukan callsign radio amatur.

Callsign lain yang tidak membawa 9M atau 9W adalah callsign komersil persendirian.

Exam,
Setiap tahun pihak suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia akan menganjurkan peperiksaan radio amatur sebanyak dua kali untuk para SWL-SWL yang belum ada lesen Radio Amatur.

Badan-badan kawalan;
ITU-T (Badan kawalan standard peralatan komunikasi dunia)
IARU(International Amateur Radio Union) Badan induk Kawalan Radio Ametur Dunia
SKMM(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) Badan kawalan Komunikasi Malaysia.
MARTS(Malaysia Amateur Radio Transmitting Society) Badan mewakili Radio Amatur Malaysia ke IARU

Kelab-kelab Radio Amatur Sabah di bawah MARTS yang telah berdaftar di bawah pendaftar pertubuhan ialah;

Sabah Amateur Radio Society(SARS)
Borneo Amateur Radio Club(BARC)

Untuk infomasi lebih lanjut rakan-rakan swl boleh rujuk sini atau cari di internet.

No comments: