Salam sejahtera, di sini V17 ingin memberikan tatacara memohon lesen radio amatur untuk rakan-rakan SWL yang bakal lulus dalam RAE 2008-2.
1) Sentiasa pantau laman web SKMM untuk keputusan RAE.
2) Satu surat perakuan lulus dan layak memohon lesen akan dikirimkan oleh SKMM kepada mereka yang lulus. Surat itu dikenali sebagai Amateur Radio Operator Certificate(AROC) atau sijil operator radio amatur.
3) Periksa bakal callsign pilihan anda kalau-kalau dah ada yang punya. Apabila page keluar, turun ke bawah page itu taipkan callsign, pilih callsign pada box sebelah dan click search now. Click sini.
4) Isikan borang permohonan peruntukan Radas lesen. Click sini.
5) Isikan borang permohonan callsign. Click sini. (Pastikan dulu callsign yang anda pilih masih tiada pemilik dengan memasuki laman SKMM.)
6) Lengkapkan surat angkat sumpah. Click sini.
7) Lengkapkan surat sokongan dari 2 orang 9M. Click sini.
8) Sediakan gambar struktur antenna anda.
9) Sediakan wang pendaftaran RM60 dan RM24/tahun x berapa tahun lesen(maksimum 5 tahun) Contohnya sekiranya 5 tahun lesen Wang jumlahnya ialah RM180.(RM60 + RM24 x 5 tahun)
10) Sediakan salinan dokumen pengenalan diri dan salinan AROC untuk membuat permohonan peruntukan radas ASAA.
Peringatan, para pemengang lesen 9M berhak memilih tidak menandatangani surat sokongan anda sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan tahap kompitansi operasi radio amatur anda. Mungkin beliau akan menguji anda sebelum menurunkan tandatangan sokong atau tidak.
No comments:
Post a Comment