Thursday, January 8, 2009

Peruntukan Jalur dalam Lesen Peruntukan Radas Radio Amatur.

Setelah anda mendapat peruntukan radas(lesen) dari SKMM dan bersedia untuk ke udara untuk mencari QSO pertama. Tapi:

1) Perhatikan dulu betul-betul peruntukan frequency mana yang anda boleh buat pancaran menurut jenis kelas lesen anda. 9W untuk kelas B dan 9M untuk kelas A.
2) Perhatikan juga jenis transmisi yang boleh dibuat. Contohnya F3E untuk mode FM beraudio, J3E, F1A atau lain-lain. Jenis pancaran adalah mengikut kelas lesen.
3) Perhatian juga kepada berapa kuasa pancaran yang boleh dibuat.

Jadual diatas menunjukan jalur, kuasa dan jenis pancaran yang diperuntukan oleh SKMM untuk lesen kelas B.


Jadual kedua ini menunjukan jalur, kuasa dan jenis pancaran yang diperuntukan oleh SKMM untuk lesen kelas A.


Untuk operasi simplex pula gunakan simplex channel yang telah diperuntukan oleh SKMM mengikut jadual di bawah. Elakan dari gunakan jalur dalam jarak frequensi satelit 145.800 MHz hingga 146.000 MHz sebagai simplex sebab ini akan menganggu operasi satelit dan lain-lain stesyen radio amatur yang ingin gunakan satelit tersebut sekiranya kebetulan mana-mana satelit amatur dalam lingkungan. Dan suara anda akan tersebar luas dalam +-3000KM dengan tidak sengaja.


Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai peruntukan jalur 144MHZ hingga 148MHZ oleh SKMM. Klik sini.

No comments: