Wednesday, January 7, 2009

Siapa yang boleh mengendalikan Stesyen Radio Amatur.

Stesyen Radio Amatur adalah stesyen radio berlesen yang hanya boleh dikendalikan oleh pengendali-pengendali radio amatur yang telah ditauliahkan atau diperakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM) melalui peperiksaan Radio Amatur.

Stesyen Radio Amatur dimiliki Kelab/persatuan/pertubuhan kebanyakannya 9M4C.. dan mana-mana callsign milik kelab hanya boleh dikendalikan oleh:

1) Pengendali kelas B(9W) dengan dikawal selia oleh pengendali kelas A(9M) atau
2) Pengendali kelas A(9M)

Begitu juga stesyen Radio Amatur acara khas (kebiasaannya 9M4S..).

Bagi stesyen Radio Amatur milik seseorang Radio Amatur pula:

1) Hanya boleh dikendalikan pemilik sendiri dengan tandapanggilan(callsign) yang telah dikeluarkan oleh SKMM. Tandapanggilan untuk Malaysia ialah 9M untuk kelas A dan 9W untuk kelas B.
2) Sekiranya pengendali radio amatur lain mengendalikan stesyennya, pemilik stesyen asal perlu berada disisi untuk kawal selia dan bertanggungjawap penuh keatas segala pengendalian pengendali itu. Dan juga mesti memastikan bahawa pengendali itu juga seorang pengendali radio amatur diperakui SKMM.

Dengan menyertai mana-mana kelab radio amatur tidak bermakna seseorang itu telah diperakui tanpa perlu melalui peperiksaan RAE SKMM.

No comments: