Thursday, February 12, 2009

10m HF. (Ada tambahan info)

Kali ini V17 berbincang sedikit mengenai Jalur Amatur 10m (28MHz hingga 29.7MHz). Jalur ini juga diperuntukkan kepada pemegang lesen kelas B 9W sejak tahun 2004. Sejak akhir-akhir ini jalur ini amat aktif antara stesyen-stesyen radio amatur kelas B ataupun kelas A. Cuma stesyen kelas B tidak dapat menggunakan sesetengah mode yang ada kerana had lesen.

IARU Region 3 yang mana negara kita berada telah membahagikan jalur 10m ini kepada beberapa segmen seperti;
1) 28MHz - 28.050MHz = Morse Code(CW)
2) 28.050 MHz - 28.150MHz = NB Data
3) 28.150MHz - 28.190MHz = Morse Code(CW)
4) 28.190MHz - 28.200MHz = Beacons
5) 28.200MHz - 28.675MHz = Phone Mode(SSB Audio)
6) 28.675MHz - 28.685MHz = SSTV/Phone
7) 28.685MHz - 29.300MHz = Phone Mode
8) 29.300MHz - 29.500MHz = Satelit
9) 29.500MHz - 29.700MHz = WB(6KHz)

Calling frekuensi di jaluran ini yang digunapakai seluruh dunia ialah 28.480MHz hingga 28.500MHz. Masa efektif jalur ini ialah pada siang hari sahaja antara 1pm hingga 7pm untuk Malaysia dalam keadaan biasa dan sekiranya jumlah kiraan titik hitam matahari(Sunspot Number SSN) meningkat maka masa efektif akan lebih panjang sehingga ke jauh malam. Jarak komunikasi dalam keadaan biasa +-4000km. Sekiranya SSN meningkat maka jarak akan bertambah. Kontak telah pernah dibuat dengan Semenanjung Malaysia dari Sabah oleh beberapa stesyen tanpa bantuan repeater. Ini termasuk rakan kita 9M6WST yang telah kontak rakan 9W2RZL dalam 10m ini.

Antenna juga memainkan peranan penting dalam berjayanya kontak menggunakan HF 10m ini. Antenna jenis vertical atau yagi boleh digunakan. Walaupun radio yang digunakan mempunyai kuasa yang mengkagumkan tetapi sekiranya tiadanya antenna yang baik tiada gunanya. Stesyen yang baik adalah dari tahap antennanya.

Ini contoh antenna monoband 10m yang digunakan oleh 9W2VVH

Antenna yagi monoband ini tahap operasinya lebih baik berbanding vertical atau yagi multiband disebabkan ianya beroperasi dalam satu jalur dan forward gain atau lain-lain factor yang menentukan tahap operasinya lebih ringkas. Selain itu juga kuasa RF yang dipancarkan oleh yagi tertumpu pada satu arah sahaja dan memungkinkan komunikasi jarak jauh. Cuma rakan kena mencari jalan untuk membolehkan antenna ini boleh diputar untuk mencari arah. Selain itu juga rakan boleh membuatnya sendiri.

Mengenai set radio pula, terdapat banyak set radio untuk dipilih untuk melengkapkan bilik radio rakan. Kita bukannya berbincang mengenai perniagaan radio tetapi V17 menyenaraikan beberapa contoh set radio HF yang agak popular untuk posting kali ini. Terpulang kepada rakan untuk membuat perbandingan.

Kebanyakan set radio amatur HF juga dilengkapkan kemudahan 10m ini. Contohnya termasuk;

1)IC-706MK2G(popular)

2)Ic-718( paling popular) 3) IC-746PRO4) IC-756PRO3
5) IC-7000



6) Kenwood TS-480SAT


7) Kenwood TS-2000

8) Yaesu FT-450



9) Yaesu FT-857


10) Yaesu FT-897(Paling Popular)



11) Yaesu FT-950





12) yaesu FT-2000






13) Yaesu FT-847




Yaesu FT-8900 pun juga mempunyai kemudahan 10m tetapi hanya dalam bentuk FM sahaja. Maka itu tidak digalakan untuk operasi HF 10m.

Seterusnya kita lihat pula beberapa rujukan laman web yang menarik mengenai HF 10m ini. Laman-laman ini hanya sebagai rujukan operasi, ada kemungkinan ada standard-standard yang dimuatkan pemilik laman tersebut adalah mengikut standard negara, region 1 atau 2 atau badan penguat kuasa masing-masing. Untuk malaysia kita rujuk standard IARU Region 3.



1) 10M band info of Wikipedia
2) 10M band info from Ham Universe
3) 10M beacon list world wide
4) Bina Antenna 10m sendiri

Apa itu Beacon? Beacon ialah sesuatu pemancar yang telah diset untuk pemancar dengan sendirinya sesuatu frekuensi yang disediakan untuk digunakan oleh para radio amatur dunia untuk mengukur tahap propagasi sesuatu tempat.


Contohnya sekiranya stesyen radio amatur dari Amarika Syarikat ingin mengetahui tahap propagasi dari Australia, maka beliau harus mencari beacon dari Australia untuk mengukur tahap pembukaan jalur 10m ini.


Sekian untuk kali ini dan selamat mencuba dalam jalur 10M.

No comments: