Wednesday, February 18, 2009

APRS

Posting kali ini kita bincang sikit mengenai mode APRS. APRS(Automatic Position Report System) ini dibangunkan oleh para radio amatur untuk komunikasi digital yang menggunakan corak packet radio sebagai format komunikasi.
Stesyen Angkasa Lepas Antarabangsa juga menggunakan packet radio untuk menghantar isyarat APRSnya ke bumi.

Pada lazimnya, APRS amat berkait rapat dengan penggunaan GPS. Ini kerana APRS memerlukan Longtitut dan Latitud untuk menentukan satu-satu kedudukan sesebuah station atau pun objek. Bagi station yang terhad kewangannya dan tidak mampu memiliki GPS sistem, dengan menggunakan internet dan prorgam google earth kita juga boleh mendapatkan longtitud dan latitut lokasi yang kita perlu.

Kita lihat contoh gambar dibawah untuk serba sedikit mengenai APRS ini.


Cara APRS ini berkerja sama ada secara FIX BASE, Mobile dan WX station. Frequency yang digunapakai seluruh Malaysia setakat ini ialah 144.390MHz yang menghubungkan antara stesyen mobile dengan APRS DIGIpeater sebelum dihantar ke server APRS.



Demo macam mana APRS bekerja serta perhatikan bunyi yang dihasilkan.

No comments: