Wednesday, February 4, 2009

Sesi perjumpaan dengan 9M.

Salam sejahtera,

Untuk rakan-rakan yang ingin meminta tandatangan borang recommendation 9M. Satu sesi perjumpaan akan diadakan dan pada masa yang sama satu sesi taklimat ringkas akan diadakan untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai radio amatur dan sesi ujian operasi sebelum borang tersebut ditandatangani.

Rakan yang lain juga dialu-alukan untuk mengikuti sesi ini.

Tarikh akan diumumkan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, bahawa mana-mana rakan SWL adalah amat penting untuk anda mengenali para operator 9M yang ada di sekeliling anda. Sekiranya anda mengenali ramai operator 9W, juga merupakan bonus sebab melalui mereka ini anda akan ada peluang mengenali orang 9M.

Cara yang paling baik untuk mengenali orang-orang radio amatur ini ialah mengikuti sesi eyeball, kelas atau sesi perbincangan serta aktiviti-aktiviti radio amatur.

Kenapa anda perlu mengenali orang 9W atau 9M? Kerana suatu hari nanti anda mungkin memerlukan bantuan mereka dari segi teknikal, tandatangan borang atau lain-lain.

Masalah akan timbul sekiranya anda lulus RAE dan tidak mengenali 9M mana yang dapat bantu anda dan sekiranya terjumpa pun, 9M itu berhak menolak menurunkan tandatangan atau bantu anda sebab beliau tidak mengenali anda. Ini akan menyebabkan tempoh sah laku sijil AROC anda expired dan kemungkinan anda perlu menduduki RAE sekali lagi.

Harap maklum.

Sekian dari V17.

No comments: