Wednesday, April 23, 2008

Berikan RST report yang betul.

Dalam standard SOP Radio Amatur, adalah menjadi satu kewajipan untuk memberikan RST report yang betul kepada pihak yang transmit.

Dari laporan RST yang anda berikan, pihak yang lain dapat menggunakan laporan RST anda untuk membuat penilaian quality transmisinya sekaligus beliau boleh membuat verifikasi setup stesyennya. Tetapi dengan syarat, RST yang anda berikan mestilah jujur dan tepat. Walaupun tiada peralatan untuk anda gunakan untuk menilai RST. Tapi ini bergantung kepada penilaian pendengaran seseorang operator HAM.

SWAL pun jika beroperasi dalam commercial, adalah dinasihatkan menggunakan RST report yang penuh untuk membuat laporan isyarat.

Terdapat beberapa kategori RST report yang anda mesti ikut seperti yang telah dipersetujui dalam WRC.

R bermaksud Readability
S bermaksud Signal Strength
T bermaksud Tone
Walau macamanapun skala T(tone) hanyalah digunakan dalam operasi Morse Code sahaja. Untuk voice laporan cukup sekadar Skala R dan Skala S.
Contoh: I copied you 59, You are coming in 59, 59 copied, you are coming in 5 and 9..(Terima anda 59, anda diterima 59, 59 saya terima anda)
Untuk morse code pula: Roger 599 atau dengan singkatan r 5nn.(dalam kod morse)
Cara sebutan laporan RST ini tidak dihadkan dengan format terhad, cuma turutan RS atau RST perlu diikuti. 59 atau 599 dan bukannya 95 atau 995.
Dalam kontak VHF atau UHF ketepatan sebutan laporan RST ini tidaklah kritikal sangat sebab mudah didengar kerana kebanyakan kontak VHF & UHF sangat jelas.
Manakala dalam kontak HF pula, propagasi memainkan peranan dalam kejelasan sebutan. Oleh itu, ramai operator radio dunia mengamalkan kiraan iaitu.
Contoh: You are 59 diikuti kiraan 12345, 123456789.
Untuk morse code pula laporan hanya ringkas dengan 5NN.
Maka dengan ini mulai sekarang amalkanlah laporan RST yang betul.
Berikut disertakan skala RST dalam rujukan Guideline MCMC..
Readability scale(R)
1 Hardly Perceptible/Unreadable
2 Weak; readable every now and then.
3 Fairly good, readable but with difficulty
4 Good readable
5 Very good, perfectly readable
Signal Strength Scale(S)
1 Unintelligible; barely perceptible
2 Weak signal, barely readable
3 Weak signal but can be copied
4 Fair signals
5 Fairly good signals
6 Good signals
7 Moderately good signals
8 Strongs signals
9 Extremely strong signal
Tone Scale(T)
1 Extremely rough hissing notes
2 Very rough a.c note, no trace of musicality
3 Rough, low pitch AC notes, slightly musical
4 Rather Rough AC note, moderately musical
5 Musical Modulated note
6 Musically modulated, slight trace of wistle
7 Near DC note, smooth ripple
8 Good DC note, just trace of ripple
9 Purest DC note
Sekian dan good luck in HAMING. 73

No comments: