Dalam dunia Radio Amatur terlalu banyak perkara yang anda perlu faham, tahu dan kena tahu sebelum anda melanjutkan diri anda dalam bidang hobi ini.Pengendali radio amatur mesti lengkapkan diri dengan ilmu cuaca, ilmu fizik, ilmu matematik, ilmu geografi, ilmu angkasa lepas mengenai kedudukan planet terutamanya matahari dan ilmu elektronik.
Selain itu, anda juga perlu tahu peruntukan serta perundangan mengenai radio dan apa impak undang-undang yang anda akan terima setiap kali anda memancar ke udara. Selepas pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memantau pancaran anda. Apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat melalui ruang udara.
Lesen Stesyen Radio Amatur yang MCMC berikan kepada anda tidak bermakna anda bebas buat apa yang anda suka. Ada had dalam apa yang anda boleh lakukan menurut peruntukan lesen dan dasar Perkhidmatan Radio Amatur Malaysia. Iaitu peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Malahan anda sebagai pemegang lesen Radio Amatur, adalah bertanggungjawap untuk memelihara jalur Radio Amatur dari digunakan stesyen haram atau tidak berlesen.
Callsign yang diperuntukan sama ada Radio Amatur atau komersil...adalah tidak boleh sewa atau digunakan oleh pihak selain pemilik asal. Callsign adalah unik dan mewakili seseorang individu dan tidak boleh dikongsi. Kecuali telah mendapat kebenaran pihak tanggungjawap callsign.
Yang penting sekali, sabagai pengamal hobi radio amatur, anda mestilah sentiasa berhati terbuka untuk menerima sebarang teguran membina dari pemegang lesen radio amatur yang lebih senior.
73.
No comments:
Post a Comment