
Pengendali Radio Amatur adalah individu yang menggunakan peralatan radio di stesyen radio amatur untuk mengadakan perhubungan dengan lain-lain stesyen radio amatur, sama ada tempatan atau antarabangsa dengan menggunakan julat frekuensi yang telah disediakan oleh pihak-pihak berkuasa perlesenan radio untuk penggunaan radio amatur.
Untuk mengendalikan suatu stesyen radio amatur, seseorang pengendali radio amatur mestilah diberikan pengakuan kelulusan sebagai pengendali radio amatur serta lesen peruntukkan RADAS dari pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia. Sehubungan itu, satu set tanda panggilan(callsign) akan juga diberikan sebagai tanda panggilan semasa berhubungan radio dibuat.
Pengendali Radio Amatur(Amateur Radio Operator) juga dikenali sebagai HAM dan Radio Amateurs.
Semua perlesenan dan pengakuan pengendalian stesyen radio amatur adalah dibawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998
No comments:
Post a Comment