Wednesday, April 16, 2008

Langkah anda menuju Stesyen Radio Amatur Berlesen

Langkah-langkah yang anda perlu lalui untuk menjadi seorang radio amatur.

Pada posting kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkonsi dengan anda sebagai peminat radio tetapi masih di tahap SWAL berminat menjadi Operator Radio Bertauliah.

SWAL atau Short Wave Amateur Listener, adalah tahap pertama anda dalam dunia radio khususnya Radio Amatur. Dalam masa inilah anda mula mendengar rakan-rakan pengendali Radio Amatur lain berinteraksi dalam radio dan mempelajari cara-cara mereka berhubung di udara dengan segala kod-kod yang pelik.

Ataupun anda telah pun mula ke udara menggunakan FRS, CB RADIO dan Commercial Club.

Sementara anda mendengar, anda juga perlu melalui proses pembelajaran untuk persediaan menduduki peperiksaan radio amatur (RAE) yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setiap tahun.

Topik-topik seperti elektronik, perihal radio, Standard Of Operation dan akta yang berkaitan perlu anda pelajari untuk RAE kelak. Terpulang kepada peruntukan masa anda, biasanya keperluan masa setahun sebelum menduduki RAE. Silalah rujuk dan teliti sepenuhnya dokumen yang dikeluarkan oleh SKMM “Guideline To Amateur Radio Service In Malaysia”

Sekiranya anda telah berdaftar dan diterima oleh SKMM sebagai calon RAE, apa yang penting anda perlu sediakan ialah modal yang cukup untuk menjawap soalan, pencel 2B lebih, pemadam, kalkulator saintifik dan jangan lupa bawa sekali kad pengenalan.

Biasanya pihak SKMM akan kirimkan anda surat dengan no indek serta arahan-arahan tertentu untuk anda.

Duduklah RAE itu dengan sepenuh perhatian.

Sekiranya anda lulus dalam RAE tersebut, satu surat AROC Class B(Amateur Radio Operator Certificate – Class B) akan dikirim kepada anda dari SKMM untuk memperakui anda sebagai pengendali radio bertauliah kelas B.(Certified Radio Operator – Class B).

Selepas anda dapat AROC ini, anda perlu membuat permohonan peruntukan radas ASAA(Amateur Station Apparatus Assignment) dari SKMM.

Borang seperti
1) Borang Application of Apparatus Assignment,
2) Surat angkat sumpah simpan rahsia,
3) Surat akuan kompetan pengendalian stesyen dari 2 orang pemegang lesen kelas A(9M) atau dari MARTS.
4) Borang cadangan CALLSIGN perlu diisi dan perlu dihantar ke SKMM bersama salinan kad pengenalan, salinan AROC anda serta wang proses
5) Pelan antenna stesyen anda juga perlu.

Untuk ASAA kelas B, wang proses RM60 dan RM24 setahun sehingga maksimum 5 tahun boleh dipohon.
Untuk ASAA kelas A, wang proses RM60 dan RM36 setahun sehingga maksimum 5 tahun boleh dipohon.


Sekiranya semuanya lengkap, SKMM akan mengeluarkan sekeping lesen stesyen radio amatur kepada anda beserta tandapanggilan(CALLSIGN) 9W6…untuk Sabah, 9W8…untuk Sarawak dan 9W2..untuk semenanjung Malaysia.

Lesen yang anda perolehi perlu sentiasa dipamirkan berhampiran dengan stesyen radio anda untuk memudahkan pegawai SKMM membuat pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa.

Anda hanya boleh ke udara selepas lesen diberikan dan bukannya masa lepas permohonan dibuat.

Untuk upgrade ke kelas A, anda sekurang-kurangnya perlu berada di kelas B untuk setahun dan perlu lulus kod morse 12 perkataan seminit selama 3 minit dan 1.5 minit untuk nombor.

Sekiranya anda lulus kod morse, SKMM akan mengeluarkan AROC Kelas A kepada anda untuk membuat permohonan ASAA kelas A yang membawa tandapanggilan 9M6… untuk sabah, 9M8… untuk Sarawak dan 9M2… untuk semenanjung Malaysia.

Secara ringkasnya:
Bagi melayakkan seseorang itu menjadi seorang pengendali radio, mereka mestilah:
1) Diperakui sebagai kompeten bagi mengendalikan radio amatur
2) Lulus ujian bertulis berkaitan dengan pengendalian sesuatu stesyen radio amatur dan asas elektronik serta komunikasi radio yang dikenali sebagai Radio Amateur Examination(RAE)
3) Peperiksaan ini dikendalikan oleh SKMM sebanyak 2 kali setahun
4) Frekuensi yang digunakan adalah tertakluk kepada peruntukkan frekuensi yang dipersetujui oleh setiap negara melalui ketetapan yang dibuat dalam persidangan radio dunia(World Radio Conference) oleh kesatuan telekomunikasi antarabangsa ITU.

5) Mengetahui ITU adalah mengawal selia telekomunikasi dunia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah pengawal selia Malaysia dan
6) IARU(International Amateur Radio Union) adalah badan amatur dunia dan MARTS(Malaysian Amateur Radio Transmitting Society) adalah wakil para Amatur Malaysia ke IARU.

Sekian untuk kali ini dan semoga berjaya dalam dunia HAM atau Radio Amatur.

Dari 9M6WST.

No comments: