Kepada rakan-rakan SWL Lahad Datu yang telah menduduki RAE 2008-1 24 June 2008 baru-baru ini.
Sebagai galakkan untuk terus maju dalam Radio Amatur, mana-mana antara rakan SWL yang lulus dan yang mendapat dulu penganugerahan ASAA dari SKMM yang membawa callsign sah akan dihadiahkan sehelai baju T yang siap dengan callsign dari 9M6WST(James) dalam satu sesi mega eyeball.
Sila hubungi James untuk memaklumkan callsign anda sebaik saja SKMM mengeluarkan lesen peruntukan radas kepada anda.
Hanya satu orang sahaja yang dapat hadiah ini.
First come first serves.
Panduan borang-borang yang anda perlu untuk permohonan lesen peruntukan radas.
1) Borang Application for Apparatus aAsignment (Amateur Service)
2) Borang Rekomen dari 2 orang pemegang lesen kelas A(9M)
3) Borang pengistiharan penyimpanan rahsia
4) Borang permohonan callsign
5) Lakaran base and antenna anda
Selamat maju jaya dalam HAM.
Dari Sidang V17.
No comments:
Post a Comment