Tuesday, June 3, 2008

Pengenalan kepada "Pemancar" dan "Penerima"

Dalam tranceiver bahagian pemancar(Transmitter) dan Penerima(Receiver) adalah benda biasa yang dibina sekali.

Pemancar terdiri daripada bahagian RF Amplifier, Mixer, RF Local Oscillator dan IF filter.

IF yang terhasil dari modulasi suara atau data dengan dan IF oscillator akan disalurkan ke IF filter sebelum digabungkan dengan frekuensi pembawa(carrier frequency) didalam Mixer. Yang biasanya 70MHz lebih tinggi dari IF.

RF yang terhasil dari bahagian Mixer akan disalurkan sebagai RF ke bahagian RF amplifier untuk dipancarkan ke udara dangan bantuan Antenna.

Binaan RF Amplifier di bahagian RF amplifier ini biasanya terdiri daripada Amplifier jenis Class B dalam bentuk sambungan PUSH-PULL.

Komponen-komponen yang biasa ialah dari jenis FET(Field Effect Transistor) digunakan dalam RF Amplifier ini.

Sebelum ini, tranceiver-tranceiver dulu bahagian RF amplifier ini dibuat menggunakan corong vakum(Vacuum Tube) dan Transistor Bipolar.

Bahagian receiver pula adalah lebih kurang binaannya. Cuma dalam bahagian ini, isyarat dikembalikan kepada keadaan asal. Mempunyai Low Noise RF Amplifier, Local Oscillator, IF filter.

Untuk masa sekarang ini, kaedah receiver jenis Super Heterodyne digunapakai untuk mengembalikan isyarat IF dari RF dan seterusnya demod kembali ke suara dan data.

Terdapat tahap-tahap tertentu dalam penerima jenis Super Heterodyne ini. Iaitu terdiri dari jenis Double conversion atau Tripple Conversion untuk mendapatkan kembali IF 69MHz, 9MHz dan tahap ke tiga 455KHz.

Sebelum penerima Super Heterodyne tercipta, masa-masa dulu tranceiver menggunakan penerima jenis TRF(Tuned Radio Frequency) dalam beberapa tahap untuk mendapatkan kembali isyarat suara dan data. Oleh kerana tahap kecekapan TRF ini tidak memuaskan dan sering kali radio akan OFF TUNED, maka penerima jenis TRF ini tidak lagi digunakan dan digantikan dengan penerima jenis Heterodyne Receiver.

No comments: