Wednesday, June 11, 2008

UTC (Universal Time, Coordinated)

Ramai dari kita, selalunya akan rujuk kepada jam di dinding untuk mengetahui jam berapa pada masa itu. Masa-masa yang selalu kita lihat itu menunjukkan kita berada pada Zone Masa tertentu di muka bumi ini. Setiap tempat yang berada di atas muka bumi ini mempunyai masa yang tidak sama walaupun berada dalam Zone masa yang sama. Ini disebabkan muka bumi ini terbahagikan kepada kordinat Latitude dan Longitude. Yang mana garisan Latitude inilah yang menentukan masa sesuatu tempat. Selang setiap darjah garisan latitude ini adalah 4 minit secara purata.

Dengan kesusahan ini, pihak tentera Amerika Syarikat telah mempergunakan sistem masa universal UTC untuk sekatakan semua pergerakan ketenteraannya di seluruh dunia. Sistem UTC ini walau dimana kita berada, bacaan masa UTC tetap akan sama.

UTC ini mula dikira dari 0000HRS tepat-tepat di Greenwich, England. Jadi Malaysia berada pada ZONE MASA +8jam dari Greenwich.

Sebagai contoh sekiranya masa saya menulis artikel ini ialah jam 17.30 petang, maka di greenwich ialah 17.30 - 8jam = 09.30pagi.

Contohnya Sydney Australia terletaknya di Zone Masa +10jam dari Greenwich maka semasa saya tulis artikel ini, Sydney masa local ialah jam 19.30petang.

Oleh kerana sistem ini sangat berguna untuk sekatakan masa, semua rekod QSO antarabangsa direkod dalam bentuk masa UTC.

Rakan-rakan boleh rujuk jam sebelah kanan web ini untuk mengetahui masa UTC sekarang.

Sekian dari 9M6WST

No comments: