Thursday, June 26, 2008

Sijil Pengendalian Radio Amatur(Amateur Radio Operating Certificate AROC)

SIJIL PENGENDALI RADIO AMATUR(AROC)

Peraturan 27 ( 1 ) Akta Komunikasi dan Multimedia ( Technical Standard ) Peraturan 2000 menyatakan:.

Tiada sesiapa yang dibenarkan mengambil alih atau melakukan sebarang aktiviti kecuali ia mempunyai akuan tauliah. Pengendali radio amatur telah diwartakan dibawah peraturan dan untuk mengendalikan sesebuah stesyen radio amatur seseorang itu mestilah mempunyai tahap kewibawaan dan tahap kemahiran yang telah ditetapkan.

Sijil Pengendali Radio Amatur adalah satu sijil yang dianugerahkan untuk memberi pengiktirafan dan pengakuan bahawa pengendali berkenaan mempunyai pengetahuan yang secukupnya di dalam bidang tersebut dan dapat mengendalikan stesyen radio amatur dengan betul dan bertanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang selepas menduduki ujian RAE atau ujian amali Morse Code(untuk kelas A).

Terdapat dua kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur :
1. Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur Kelas A ( AROC Class A ).
2. Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur Kelas B ( AROC Class B ).

SIJIL PENGENDALI RADIO AMATUR KELAS A
Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur kelas A melayakkan pemegang sijil untuk memohon ASAA Class A. Untuk kelayakan seseorang itu diwajibkan lulus Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) dan ujian amali kod morse atau CW Test.

SIJIL PENGENDALI RADIO AMATUR KELAS B
Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur kelas B melayakkan pemegang pemohon untuk memohon ASAA Class B sahaja. Untuk kelayakan mendapat sijil ini seseorang itu mestilah lulus didalam Peperiksaan Radio Amatur RAE.

Band-band untuk Radio Amatur kelas B (semua dalam MHz)

28-29.7 (10 meter HF band)
50-54 (6 meter VHF band)
144 - 148 (2 meter VHF band + Satelite)
430 - 440 (70 cm UHF band + Satellite)

No comments: