Tuesday, May 20, 2008

Menghadapi peperiksaan RAE

Berikut adalah tip-tips untuk calon RAE untuk menghadapi RAE bakal tiba.

JANGAN: Duduki peperiksaan apabila anda merasa lapar, mengantuk atau dahaga.

BUAT: Memakai beberapa lapis pakaian untuk memberikan rasa selesa kepada diri anda semasa berada dalam dewan peperiksaan yang bakal menjadi sangat sejuk semasa RAE dijalankan. perubahan ini bukannya sebenarnya suhu bilik jatuh. Sebenarnya adalah tindak balas semulajadi semasa EXAM.

JANGAN: Mangambil lebihan kopi atau teh. Tetapi ambil vitamin dan jus buah-buahan.

BUAT: Ikuti arahan untuk melengkapkan bahagian idenditi kertas jawapan.

BUAT: Jika anda tersangkut di soalan yang susah. Teruskan ke soalan yang seterusnya sebelum kembali.

JANGAN: Teka, kecuali hanya pilihan terakhir anda. Kebiasaannya pilihan pertama anda ialah pilihan terbaik anda. Kecuali anda cukup pasti, jangan tukar-tukar jawapan anda.

BUAT: Padam dengan sebersih-bersihnya jawapan yang anda rasa tidak betul untuk menunjukkan anda tidak mempunyai dua jawapan.

BUAT: Ambil sedikit masa untuk mengatur nafas, relax seluruh anggota badan. Tenangkan fikiran. Jangan hiraukan calon yang lain yang awal habis atau keluar dewan.

BUAT: Periksa dua kali kertas jawapan anda sebelum kertas tersebut diberikan kepada pegawai RAE.

BUAT: Cuba aturkan masa kurang dari seminit untuk menjawap satu soalan dan rancang masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk periksa kertas jawapan.

Tips dari 9M6WST

No comments: