Tuesday, May 27, 2008

Radio Amatur beraksi lagi selepas kejadian gempa bumi di Sichuan China.


Pada hari Isnin 12 Mei jam 0628 UTC(1428 waktu Malaysia), gempa bumi sekuat 7.8 telah melanda Sichuan, China. Pihak Chinese Radio Sports Association, telah menetapkan frekuensi untuk kegunaan bantuan kecemasan iaitu: 14.270MHz, 7.050MHz and 7.060 MHz. Para operator radio Amatur tidak kira dimana berada adalah diseru untuk sentiasa standby di frekuensi ini untuk menghulurkan bantuan jika perlu.

Sementara waktu ini, repeater UHF tempatan terselamat dari sebarang kerosakan maka ia telah digunakan untuk kegunaan komunikasi.

Berita ini dipetik dari ARRL(American Radio Relay League)

No comments: