Thursday, May 29, 2008

Pengenalan kepada "Modulation" dan "Demodulation"


Dalam setiap Tranceiver(gabungan dari Transmitter dan Receiver), ada satu bahagian yang dikenali sebagai Modulator dan Demodulator.

Modulator: Terdapat dalam set Transmitter dan is terletak sebelum tahap Mixer. Teknik yang digunakan oleh Modulator ialah Modulasi(Modulation).

Modulasi berlaku dimana sesuatu modulator menjalankan fungsi mengabungkan gelombang suara atau isyarat digital dengan suatu variasi frekuensi yang lebih tinggi untuk menghasilkan IF(Intermediate Frequency) sebelum memasuki bahagian Mixer untuk dijadikan RF sebelum di pancarkan ke udara.

Teknik modulasi terbahagi kepada Modulasi Analog dan Modulasi Digital.

1) Modulasi Analog terbahagi kepada : Amplitude Modulation(AM), Frequency Modulation(FM), Phase Modulation(PM), Single-Side Band Modulation(SSB), Quadrature_Ampitude Modulation(QAM) dan Space Modulation(SM)

2) Modulasi Digital pula: On_Off Keying(OOK), FSK(Frequency Shift Keying), Amplitude Shift Keying(ASK), Phase Shift Keying(PSK) dan lain-lain lagi.

Jenis-jenis sistem modulasi dalam Tranceiver:
1) SSB Balance Modulator
2) AM Low Level Modulation
3) FM Variable Reactance Modulation.

Demodulation, adalah satu aksi yang mana adalah digunakan untuk mendapatkan kembali maklumat-maklumat yang telah dimodulasikan dalam alat pemancar. Litar-litar demodulation adalah demodulator.

Pada asasnya terdapat dua jenis demodulator:
AM demodulator dan FM demodulator.

AM demodulator menggunakan teknik Envelope Detector serta Product demodulator untuk demod isyarat SSB.

FM demodulator pula terbahagi kepada tiga jenis pada asasnya sehingga yang paling kompleks.
1) quadrature detector
2) Foster-seeley discriminator
3) Phase-Lock Loop(PLL)

Modulation dan demodulation yang disebutkan diatas adalah pada tahap menukar isyarat suara ke frekuensi pertengahan(Intermediate Frequency) dan mendapatkan kembali isyarat suara dari IF tadi.

IF pula digunakan untuk digabungkan pula dengan frekuensi Pengayun tempatan(Local Oscillator) yang lebih tinggi untuk mendapatkan RF untuk dipancarkan dan sebaliknya bertukar kembali dari RF.

Antara cara radio penerima mendapatkan kembali isysrat IF ialah dengan

1) Double-Conversion Superheterodyne untuk SSB, CW, RTTY, AM dan WFM
2) Triple-Conversion Superheterodyne untuk FM.















Sekian bahagian Modulator dan demodulator.

No comments: