Tuesday, May 27, 2008

Persediaan sistem komunikasi bencana negara.

Negara China telah dilanda gempa bumi yang teruk. Sudah pasti banyak bangunan yang runtuh dan musnah. Ini termasuklah infrastruktur bekalan kuasa, air, komuniksi awam serta internet. Apa yang masih boleh menghubungkan antara penyelamat dan mangsa hanyalah radio.

Radio amaturlah yang terbaik kerana boleh dibawah kemana-mana dan boleh bekerja dengan bekalan kuasa dari tenaga solar, batteri dan penjana kuasa. Apakah persediaan Negara Malaysia untuk menghadapi situasi ini khususnya Lahad Datu?

Walaupun negara kita terletak jauh dari lingkaran gunung berapi(Ring of fire) yang kini melalui negara Filipina, tidak bermakna negara kita akan terlepas dari gempa bumi.

Mungkin dengan populasi pengendali radio amatur Malaysia yang masih di tahap yang rendah, maka mungkin agak sukar untuk pemantapan sistem komunikasi bencana pada tahap bersedia pada setiap masa. Oleh yang demikian para SWL dan Operator adalah digesa untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam selain meminati radio ini sebagai hobi. Fikirkanlah..

No comments: