Tuesday, May 13, 2008

Satelit Amatur(OSCAR dan CUBESAT)

Dalam hobi radio amatur, para peminat radio amatur boleh menikmati juga teknologi satelit melalui laluan Radio Amatur.

Terdapat ratusan atau ribuan satelit yang mengelilingi bumi. Seperti satelit GPS, Geo-stationary, Cuaca, Amatur dan lain-lain.

Di bawah, kategori Satelit Amatur terdapat dua jenis satelit yang biasa digunakan para operator radio amatur. Iaitu:

1) OSCAR(Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio) dibawah kelolaan AMSAT
2) CubeSat. contoh seperti SEEDs(Space Engineering EDucation Satellite) oleh Universiti NIHON Jepun.

Satelit yang masih dalam status aktif ialah Amsat Oscar-51, VUsat Oscar-52, HITSat Oscar-59(Cubesat) dan Stesyen Angkasa Lepas ISS.

Satelit-satelit ini sebenarnya letaknya tidak jauh dari bumi. Kadang-kadang dalam laluan mereka boleh mencecah ratus KM dari permukaan bumi. Stantard jarak satelit dari bumi ialah +-29,000KM

Selain dapat berkomunikasi melalui satelit-satelit amatur dengan radio operator DX, para radio operator stesyen radio amatur juga berpeluang berinteraksi dengan angkasawan di stesyen angkasa antarabangsa ISS secara berjadual.

Lebih banyak info satelit akan menyusul.

No comments: